Thursday, January 17, 2008
renovation

salam

dah lama tak menjenguk rumah ni..sudah setahun lebih. sudah bersawang sana sini. Rasa-rasanya perlu cat baru ni . Saya peruntukan sebulan untuk renovation..Big Smile

 


Posted at 10:24 am by hayatizain
Make a comment  

Thursday, April 13, 2006
le tour de KLCC

we got free tickets from somebody to enter SPEED F1 expedition..thank u very much Big Smile

Jaws attack in Aquaria

Waiting for 3D show in Petro Sains. Besar betul spec dia Shades 

I missed my brothers and sister very much coz I know kids  will enjoy tour in Petro Sains. at that moment, I wish they were here..Shocked

 

 

 

 


Posted at 04:14 pm by hayatizain
Comments (2)  

Monday, March 27, 2006
HOMESICKNYE !!

Permata Ayah Bonda

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

***************************************

homesicknye cry. rakan-rakan selalu tegur yang saya selalu over sensitif..tapi bagaimana ya nak buang sikap begitu kalau sudah sebati dengan jiwa kita..bagi saya over sensitif saya ialah satu indicator.. indicator yang saya sayang kan seseorang itu..kalau rasa sayang tu dah hilang...biarlah dia nak buat ape pun saya tak kisah..dia nak cakap apa pun saya dah tak terasa..tak de masa nak sensitif2 dan bazirkan air mata . Shades


Posted at 10:12 am by hayatizain
Make a comment  

Saturday, March 25, 2006
hujung minggu saya

Penghujung Mac ini memang saya tiada weekends. Sabtu dari awal pagi hingga lewat petang perlu hadir untuk TMC di main campus Gombak..Ahad pulak bertugas sebagai invigilator untuk Paper Physics III.tapi saya memang tak sabar dan berdebar menunggu hujung minggu itu..kenapa ya?

Siti turunkan saya di Star Pandan Indah selepas kursus petang sabtu itu..Destinasi saya ke Book Fair 2006 di PWTC . Masuk saja ke bahagian exhibition saya sudah sesak nafas..ramainya orang!!! Hurmph Sampai di entrance booth CESB rasa nak patah balik je..malunya nak jumpa si DIA ..dahla saya comot baru balik one day course!tak sempat nak touch up apa2 (gabra+ sesak sangat sampai cari ladies pun tak jumpa) Wink. ..tapi kalau tak jumpe kali ni bila lagi ye?? Alhamdulillah akhirnya salam kami bertaut juga..akhirnya saya dapat jumpa penulis kesayangan saya..penulis yang sering buat saya basah dengan air mata cry penulis yang buat saya sedar sebuah novel bukan sekadar satu karya pecisan tapi bisa menjadi karya motivasi jika kena gayanya Smile ..Siapa lagi kalau bukan Kak Su @ Noor Suraya. ..wah seronoknya saya sampai jadi gugup..menggeletar tangan bila menulis address di dalam buku kak su..tak sangka mulut murai saya boleh terkunci begitu..nak cakap pun rasa macam tak kena je bahasa saya Shocked ..sedih sangat  bila sedar saya terlupa bawa kamera (waaaaa saya tertinggal atas meja masa kelam-kabut nak keluar awal pagi tadi Angry)..nasib baik saya tak tertinggal Nyanyian Tanjung Sepi..dapat jugak autograph kak su Shades

 

 

Coretan autograph kak su

Kalau biru warna cinta rindu apa warnamu?

 

Jawapan saya :

Masih terfikir-fikir lagi warna apa kaksu…Tongue


Posted at 09:57 am by hayatizain
Comments (4)  

Sunday, March 19, 2006
End of semester

tanpa disedari 14 minggu berlalu begitu pantas...masa saya di kelas bersama anak-anak didik sudah berakhir untuk semester ini..debarannya kini apabila menunggu mereka menduduki peperiksaan pada 29hb Mac..IsyaAllah Miss doakan semuanya sukses dan cemerlang...

Pagi tadi ada candidate datang untuk interview kerja (micro teaching)...sidang baru 2006/2007 nanti department kami akan menawarkan kursus baru ( dentistry & biomedic) . Nampak nervous je dia semasa menunggu (biasalah tu..sy dulu lebih teruk dari itu rasanya..maklumlah sepanjang hidup saya belum pernah menghadiri mana2 interview kerja..UIA yang pertama)..sempat saya mengusik "jangan risau..dah keje kat sini nanti pasti jatuh cinta dengan tempat ni..." Jatuh cinta? ye memang saya sudah jatuh cinta dengan environment di sini ....Alhamdulillah jalan saya dipermudahkan di tengah2 kemelut mahasiswa yang menghadapi masalah mendapatkan kerja...Cuma saya selalu pegang kata-kata mama "laut tak akan sentiasa tenang..jangan lalai dalam zon selesa.. jangan main2 dengan amanah...tidak mengajar apa2 lebih baik dari ilmu yang tersilap ajar"..

petang tadi walaupun hujan lebat saya ronda-ronda juga dengan si "Biru" AFR..sebenarnya nak cari Amcorp Mall tapi entah ke mana-mana saya tersesat..habis semua seksyen di PJ ni saya dah redah..mula-mula ingat nak patah balik tapi bila ingat pesan siti.."kalau hujan lebat pun terus je drive...barulah ada experience drive dlm hujan lebat..lagi lebat lagi bagus.." (wah kalau banjir kilat saya juga yang sangkut di situ nanti...kesiannye si "biru" saya yang sudah comot macam tikus terjun lopak Shocked..) ...


Posted at 03:33 pm by hayatizain
Comments (2)  

Monday, January 16, 2006
Cherating

seronoknye rase bila dapat surat dari MSD hari ni...ade program cuti-cuti (pandai-pandai je Big Smile ) ke Cherating selama 5 hari bermula dari 23-27 Jan (actually untuk Basic Teaching Methodology Course. Salah satu course wajib sebelum kami confirm sebagai staff )..paling seronok bila yang terpilih untuk pergi semuanya orang-orang yang saya rapat (ye..ye ada gang)..Kami sembilan orang dari Matriculation Centre..selebihnya dari main campus Gombak..Tak dapat nak bayangkan berapa besar beg yang saya akan bawa (maklumlah 5 hari ddk hotel..mana nak boleh basuh baju)..dan pesan seorang kawan saya juga jangan lupe bawak weighing scale (oh tidakkkkk..tak tahulah berapa kg yang bakal bertambah bila 5 hari asyik makan aje


Posted at 01:18 pm by hayatizain
Comment (1)  

Wednesday, December 28, 2005
suatu petang di PJ

dah lama saya tak update blog ni..sedar tak sedar sudah sebulan lebih saya di tempat baru..hari-hari yang berlalu terlalu cepat..mungkin kerana sebagai orang baru banyak perkara yang perlu dibuat..perlu bermula dari awal..teaching notes, soalan tutorial , soalan kuiz ,itu ini dan macam-macam lah kesimpulannya..  . Jika dulu di USM saya hanya perlu conduct class 3 jam seminggu (di bawah scheme graduate assistantships) tapi kini 15 jam. mula-mula kering tekak dibuatnya (especially bila kelas direct 5 jam) tapi lama-lama saya sudah mula menyesuaikan diri..yang pastinya kawan saya ramai yang tanya "awat la ni suara hang bila bercakap macam kuat sikit na banding dulu. pekak telinga dengar cakap kat telepon?" (kalau dah hari-hari mengajar macam manala suara tak kuat Big Smile)

minggu lepas saya ke USM kerana ada urusan di IPS..rindunya pada Penang..rindu sangat..terlalu banyak memori di sini..6 tahun..dari matrukulasi sehinggalah ke ijazah sarjana...dan apabila melewati foyer Dewan Tuanku Syed Putra saya berhenti sebentar..InsyaAllah moga-moga majlis konvokesyen tahun depan saya akan berdiri di sini lagi...Aminnn..Semasa di tahun akhir pengajian sarjana muda saya telah mencatat  5 impian atau target saya sebelum melewati umur 25 tahun..Alhamdulillah 3 daripadanya telah tercapai dengan izin-Nya dan saya kini hanya punya masa setahun lagi untuk berusaha , berdoa dan bertawakal untuk merelisasikan 2 impian  yang lain. (grad master adalah salah satu dari 2 impian yang belum tertunai itu)..insyaAllah..

 

*bila sebut tahun depan dengar macam lambat saja lagi ye tapi tak sangka 2005 hanya tinggal 3 hari saja ..Smile

 

 

 


Posted at 04:30 pm by hayatizain
Comments (2)  

Friday, September 16, 2005
file lama

BUAT INSAN BERGELAR WANITA..KETAHUILAH BETAPA HEBATNYA KEKUATAN DOA DALAM MELAYARI SEBUAH KEHIDUPAN...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..
Ya Allah... .
Seandainya telah Engkau catatkan... .
Dia milikku tercipta buatku... .
Satukanlah hatinya dengan hatiku... .
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi... .

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... .
Seiringkanlah kami melayari hidup ini... .
Ke tepian yang sejahtera dan abadi... .
Maka jodohkanlah kami... .

Tetapi ya Allah... .
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku... .
Bawalah dia jauh dari pandanganku... .
Luputkanlah dia dari ingatanku... .
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... .
Berikanlah aku kekuatan... .
Menolak bayangannya jauh ke dada langit... .
Hilang bersama senja yang merah... .
Agarku sentiasa tenang... .
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... .
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... .
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... .

Ya Allah... ..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... .
Di dunia dan di akhirat... .
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian... .
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... .
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... .
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai... .
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah... .

Ya Allah... ..
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka... .

AMIN... AMIN... AMIN... . Ya rabbal 'aalamin

Okt 2002
k. munirah 

* Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus bersengkang mata akhirnya berjaya siapkan extended abstract untuk Symposium Microbiology hari ni..leganya hati..masa punggah-punggah folder di PC saya jumpa file ni "DOA UNTUK KEKASIH" yang diberikan oleh seorang rakan satu masa dulu..


 


Posted at 09:06 pm by hayatizain
Comments (2)  

Tuesday, August 30, 2005
Merdeka




saya memang kurang gemar dengan filem perang..ganas..membingitkan telinga..dan babak-babak yang mengerikan. Tapi semalam filem Korea Taeguki di TV3 telah berjaya membuat saya menontonnya sehingga ke akhir..filem ini bukan sekadar perang..tapi sarat dengan nilai pengorbanan dan kekeluargaan..sehingga ke saat-saat akhir rancangan saya berharap keajaiban berlaku..saya berharap kedua-dua adik beradik ini berjaya ditemukan di usia emas sebab saya tidak suka filem "sad ending"..tapi hakikat pahitnya peperangan tidak mungkin diubah untuk memenuhi "impian" orang seperti saya yang hanya nak tengok happy ending (mujur masa tengok movie Charlie & the Chocolate Factory minggu lepas happy ending)...dalam peperangan kematian bukan satu yang aneh dan luarbiasa..yang luar biasa bila seseorang itu berjaya untuk hidup..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Syukuri nikmat Allah yang terlalu besar
Semoga Malaysia terus aman makmur selamanya


Posted at 05:15 pm by hayatizain
Comments (4)  

Sunday, August 28, 2005
SOOOO SWEETTTT....

Something to share.. really interesting ones..(extracted from people's blog) Here we go..

The guy who loves you, can't tell you the reason why he loves you. He, himself knows that, in his eyes, you are the only one.

The guy who loves you, actually always makes you mad, but he does not know what stupid thing did he do, as everything he does, he thinks it is for your own good.

The guy who loves you, seldom praise you , but in his heart, you are the best, only he knows it.


The guy who loves you, will scold or complaint if you didn't reply his message and others, because he cares.

The guy who loves you , only drop his tears in front of you, when you try to wipe his tears, you are touching his heart , the heart which beats for you.

The guy who loves you , will remember every word u said , even its accidentally. And he will always use the words in the nick of time.

The guy who loves you, will not give any promises that easily, because he doesn't want to break the promises, he wants you to believe him and he wants to give you the happiest and safest life ever after.

The guy who loves you, always tell you not to think too much, because he already plans it for you, he wants to give you the best life in the future, he wants to give you a surprise, believe that he can do it.

The guy who loves you, maybe can't remember special occasions like some kind of anniversary, but , he does know that, every second he lives, he's loving you, no matter what day is that day.

The guy who loves you, won't say " I love you" that easily, because everything he does for you is showing that he loves you already, but he will only tell the words at a special situation, because he does not want you to misunderstand, he wants you to know that he loves you.

The guy who really loves you, will feel that,sometimes, some things have to be told for only once, because he thought that u might already understand him, if he talks too much, he will feel that there is nothing you will cherish.

The guy who loves you, will go to the airport to fetch you, he won't carry a bunch a rose and call you darling like what you expect but he will carry your luggage and ask you " Why are you becoming that thin within two days?" with his sincere heart.

The boy who loves you, will listen quietly to you, when you are mad, and when you have finished talking, he will say, You still have class tomorrow, sleep earlier. with a smile.

The guy who loves you, doesn't know that whether he should call you when you are angry, but he will send a message to you after a few hours, if you ask him why he calls that late, he will say, 'When you are angry, my explanation are all rubbish. But only when you calm yourself down, my explanation will really works'.

The guy who loves you, always call you little girl, but every time he want to make a big decision, he will first want to hear your advice.

The guy who loves you, doesn't like little toys like teddy bears, but he will always put the bear you give him on his bed.

The guy who love you, while quarreling, he will apologize uncontrollably, although you are the one who's wrong, and later, he will send a message to you with " Baby, actually you know its your fault,you know it yourself.

 The guy who loves you, while really misses you, he will want to buy a bunch of rose and wait you stupidly under your apartment but he neverknew, what he bought was daisies, but that doesn'tmatter, because in his heart, that's roses.

The guy who loves you, seldom says sweet words, but you know, his kisses already transfer all his passion to you.

The guy who loves you , if he can't always see you, he will try to make himself busy, for not to have any time to remember you, because heknew, if he did, he will keep on missing you until he could do nothing
.






Posted at 03:01 pm by hayatizain
Make a comment  

Next Page

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Ya Allah..aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak diperkenankan..aminn

::BLOGGERS::

My Fotopages
Website Counter



online user
online


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed